MY BLOG FOLLOWER

Wednesday, July 23, 2008

FITNA SERUAN DARIPADA HIZBUT TAHRIR MALAYSIA

KUALA LUMPUR 4 April – Sebagai membantah penerbitan filem pendek Fitna keluaran ahli Parlimen Belanda Geert Wilders yang menghina Al-Quran dan juga Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam, HIZBUT TAHRIR MALAYSIA (HTM) telah mengadakan seruan di Masjid Negara sejurus selesai solat Jumaat pada hari ini. Seruan selama lebih kurang 20 minit itu dibacakan oleh dua orang wakil dari HTM iaitu Ustaz Umar Hussien dan juga Sdr Zulhazam Othman. Mereka merupakan dua orang yang sudah tidak asing lagi bagi para jemaah di Masjid Negara selaku pengedar tetap nasyrah mingguan HTM, Sautun Nahdhah di masjid berkenaan.

Selain Masjid Negara, HTM turut mengadakan seruan yang sama di beberapa masjid terpilih di seluruh negara. Di Selangor, seruan dibacakan di perkarangan masjid Al-Hasanah, Bangi. Sekitar lima ratus orang jemaah yang menyaksikan bacaan seruan itu tidak berganjak hinggalah ke akhir majlis. Laungan ALLAHU AKBAR berkumandang beberapa kali di sepanjang bacaan seruan, yang dilaungkan dengan penuh semangat oleh para hadhirin.

Di Perlis, seruan HTM dibacakan di Masjid Alwi Kangar manakala di Kedah, seruan dibacakan di Masjid Al-Bukhari Alor Setar. Di bahagian selatan tanah air, di Masjid Bandar Baru Uda Johor Bahru, HTM bersama-sama dengan Parti Islam seMalaysia (PAS) membacakan seruan masing-masing selesai solat Jumaat. Sementara itu di Muar, HTM membacakan seruan yang sama di Masjid Sultan Ibrahim, di tengah-tengah bandar Muar. Di Melaka pula bacaan seruan diadakan di Masjid Tun Khalil Yaakob, Tanjung Minyak.

Di kebanyakan masjid, beberapa orang yang dipercayai anggota dari Cawangan Khas PDRM turut kelihatan berkeliaran dan mengambil gambar. Alhamdulillah, di semua lokasi, mereka langsung tidak mengganggu perjalanan majlis dan memberi ruang sepenuhnya untuk seruan dibaca sehingga habis. Di beberapa buah masjid, beberapa orang dari mereka turut bersalaman dengan anggota-anggota HTM dan menyatakan sokongan terhadap seruan yang dibaca. Justeru, sukacita kami mengambil peluang di sini untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka dan juga kepada seluruh hadhirin yang telah sanggup berpanas dan tidak berganjak mendengar seruan hingga ke akhir majlis. Semoga Allah mencatat perbuatan kalian sebagai sebahagian dari amal soleh dan membalasnya dengan sebesar-besar ganjaran.

Gambar-gambar di sekitar seruan tersebut boleh dilihat di ruangan multimedia. Berikut kami paparkan teks penuh seruan yang dibacakan:-

--------------------------------------

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tuan-tuan yang dikasihi sekalian!

Sebagaimana kita sedia maklum, dunia Islam sekali lagi digemparkan dengan sebuah penghinaan. Pada hari Sabtu lepas seorang ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders telah menerbitkan sebuah filem pendeknya yang menghina Islam bertajuk Fitna. Filem itu memaparkan penghinaan kepada Rasulullah dan juga Al-Quran yang didakwa oleh sikafir Wilders ini sebagai penganjur keganasan. Wilders dengan biadabnya memetik beberapa ayat Al-Quran dan menggambarkan bahawa Al-Quran adalah kitab yang menyeru kepada pembunuhan dan keganasan. Wilders juga menggambarkan Islam sebagai agama yang penuh dengan kekejaman dan pembunuhan.

Saudara-saudara yang dikasihi sekalian!

Ini bukanlah kali pertama Al-Quran dihina, ini juga bukan kali kedua Rasulullah dihina dan ini bukanlah kali ketiga Islam dihina. Sudah terlalu banyak penghinaan-penghinaan seumpama ini yang dilakukan oleh kaum kuffar ke atas Rasulullah, Al-Quran dan juga agama Islam. Dengan penghinaan yang berkali-kali yang dilakukan golongan kuffar ke atas Rasulullah, Al-Quran dan juga Islam, namun apa yang menyedihkan kita ialah sebahagian besar penguasa dan ulama di dunia Islam saat ini masih diam terpaku dan masih nyenyak beradu. Jika ada pun tindakan yang diambil, hanya sekadar melahirkan rasa kesal, mengecam, mengutuk, menghantar memorandum bantahan, gesaan agar memboikot barangan keluaran negara berkenaan dan gesaan agar penghina berkenaan memohon maaf. Inilah tindakan ‘paling berani’ yang diambil oleh pemerintah dan ulama yang ada, termasuklah di Malaysia.

Jika baru-baru ini pemerintah menganjurkan perarakan maulid ar-rasul secara besar-besaran, kononnya atas rasa cinta kepada Rasulullah, namun ternyata, apabila Rasulullah dan Al-Quran dihina secara terang-terangan, ‘rasa cinta’ hanyalah terbukti di mulut-mulut mereka sahaja. Perbuatan mereka ini amat sama-sekali berbeza berbanding pada zaman para sahabat di mana rasa cinta para sahabat benar-benar dimanifestasikan oleh mereka dengan tergadainya nyawa mereka demi mempertahankan Rasulullah. Kini, ‘rasa cinta’ pemerintah sekarang kepada Rasulullah hanya dimanifestasikan dengan mulut-mulut dan juga sekeping ‘kertas bantahan’ sahaja. Perbuatan pemimpin yang ada sekarang juga amat jauh berbanding sikap para Khalifah kaum Muslimin yang mempertahankan Rasulullah dengan darah dan nyawa mereka.

Saudaraku sekalian!

Tidak lama dahulu pada zaman Khilafah Utsmaniyyah, Perancis pernah merancang untuk mengadakan pementasan sebuah drama yang bertemakan “Muhammad atau Kefanatikan”. Di samping mencaci Rasulullah, drama tersebut turut menghina Zaid dan juga Zainab. Ketika Khalifah Abdul Hamid mendapat tahu tentang hal tersebut, melalui dutanya di Perancis, beliau segera memberikan amaran kepada pemerintah Perancis supaya menghentikan pementasan drama tersebut serta-merta. Beliau mengingatkan bahawa Perancis bakal berhadapan dengan tindakan politik jika tetap meneruskan pementasan tersebut. Pemerintah Perancis akhirnya tunduk dan membatalkan pementasan itu. Tidak berhenti di situ, perkumpulan teater tersebut kemudiannya berangkat ke Britain bagi mengadakan pementasan yang sama di Britain. Sekali lagi, Khalifah Abdul Hamid yang mendapat tahu akan hal itu terus memberi amaran kepada Britain. Britain dengan angkuhnya tidak melayan amaran tersebut. Alasannya, tiket sudah habis terjual dan jika dibatalkan drama tersebut, ini bertentangan dengan prinsip kebebasan (freedom) yang dianutinya. Wakil Khilafah Utsmaniyah di sana kemudian menegaskan kepada pemerintah Britain bahawa Perancis telah pun membatalkan acara tersebut sekalipun sama-sama mendukung kebebasan sebagaimana Britain. Pihak Britain justeru menjawab bahawa kebebasan yang dinikmati rakyatnya jauh lebih baik daripada apa yang ada di Perancis. Setelah mendengar sikap Britain yang demikian, sang Khalifah terus memberi amaran, “Aku akan mengeluarkan perintah kepada umat Islam dengan mengatakan bahawa Britain sedang menyerang dan menghina Rasul kita. Aku akan mengobarkan jihad al-akbar!”. Melihat keseriusan Khalifah dalam menjaga kehormatan Rasulullah SAW tersebut, pemerintah Britain terus terdiam dari ‘cakap besar’nya tentang kebebasan, dan pementasan drama itu pun dibatalkan

Tuan-tuan yang dihormati!

Jika penguasa yang ada sekarang masih beriman kepada Allah dan RasulNya, maka mereka juga mesti mengambil sikap sebagaimana sikap Khalifah Abdul Hamid ini. Sesungguhnya telah jelas bagi umat Islam bahawa tidak ada hukuman lain bagi penghina Rasulullah kecuali hukum bunuh. Imam asy-Syaukani menukil pendapat para fukaha, antara lain pendapat Imam Malik, yang mengatakan bahawa orang kafir zimmi seperti Yahudi, Nasrani dan sebagainya yang menghina Rasulullah, maka wajib dijatuhi hukuman mati, kecuali jika mereka bertaubat dan masuk Islam. Adapun jika pelakunya seorang Muslim, ia wajib dihukum tanpa diterima taubatnya. Imam asy-Syaukani mengatakan bahawa pendapat tersebut sama dengan pendapat Imam Syafii dan juga Imam Hanbali.

Saudaraku sekalian!

Allah SWT mengingatkan kita dengan balasan seksaNya jika kita mengasihi dunia lebih dari kasih kita kepada Allah dan RasulNya, dan jika kita kasihkan dunia lebih dari berjihad di jalanNya,

“Katakanlah (wahai Muhammad), ‘jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu takut akan ruginya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad di jalanNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya. Dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.” [TMQ at Taubah (9):24]

Tuan-tuan yang dirahmati Allah sekalian!

Sehubungan dengan kes penghinaan ke atas Al-Quran dan Rasulullah ini, HIZBUT TAHRIR MALAYSIA ingin menyatakan sebab-sebab terjadinya penghinaan ini adalah kerana:-

Pertama : kerana para pemerintah Muslim yang ada tidak menerapkan hukum Allah. Pemerintah sekarang menerapkan hukum sekular yang bertentangan dengan Islam. Mereka melalaikan urusan dakwah dan jihad untuk melawan orang-orang kafir musuh Allah. Kerana itu, orang-orang kafir begitu berani menghina kitab suci Al-Quran dan juga Rasulullah SAW. Pemerintah yang ada hanya hidup mengejar dunia, kuasa, kekayaan, pangkat dan kemewahan. Mereka tidak mempedulikan jika Al-Quran di hina atau jika Rasulullah dihina asalkan mereka hidup dengan selamat, aman dan makmur. Mereka lupa bahawa mereka sekali-kali tidak akan selamat dari azab Allah atas kemaksiatan yang mereka lakukan.

Kedua : Kerana para tentera kaum Muslimin masih belum sedar akan tanggungjawab dan kewajipan mereka untuk berjihad fi sabilillah. Para tentera kaum Muslimin sebenarnya perlu sedar bahawa mereka sebenarnya wajib melancarkan perang terhadap musuh-musuh Allah. Mereka perlu bertanya untuk apa mereka menjadi tentera jika tidak untuk mengejar dan mengecapi kenikmatan syahid di jalan Allah dan meraih syurga Allah di akhirat kelak. Mereka perlu sedar bahawa inilah peranan dan tugas mulia mereka. Mereka perlu sedar bahawa mereka sebenarnya kuat, hanya pemimpin yang ada sahaja yang telah memenjarakan kekuatan mereka. Sesungguhnya tentera kaum Muslimin adalah tentera-tentera Allah yang apabila mereka berjuang, Allah dan malaikat akan bersama mereka dan membantu mereka sama ada mencapai kemenangan atau kesyahidan.

Ketiga : Kerana sikap sebahagian besar dari umat Islam itu sendiri yang sudah meninggalkan ajaran Islam. Umat Islam hidup dalam negara yang berteraskan assabiyyah dan mereka menyeru serta berbangga dengan negara dan bangsa mereka. Mereka hanya mahu bersolat dan berpuasa dan hidup dengan aman, namun mereka tidak mahu berdakwah, mereka tidak berani menegur pemerintah, mereka tidak mahu berjuang untuk menegakkan agama Allah dengan darah, harta dan nyawa mereka. Umat Islam telah dihinggapi penyakit wahn, cinta dunia dan takutkan mati. Umat Islam hidup untuk mengejar kemewahan dunia tanpa rasa takut akan perjumpaan dengan Allah Azza wa Jalla di akhirat kelak. Kerana itu, sebahagian besar umat Islam hanya memilih untuk berdiam diri dan tunduk patuh kepada hukum sekular dan undang-undang kufur yang ada. Islam telah tercabut dari hati-hati mereka.

Oleh itu, HIZBUT TAHRIR MALAYSIA dengan ini menegaskan dan menyeru:-

Pertama : Agar Perdana Menteri Malaysia memberi amaran keras kepada Belanda, khususnya Geert Wilders agar segera bertaubat dan masuk ke dalam agama Allah. Jika dia tidak mahu, maka mesej yang jelas perlu dihantar kepada kerajaan Belanda bahawa Islam tidak menerima sebarang bentuk kompromi terhadap penghinaan kepada Al-Quran dan juga kepada Rasulullah. Dan kerajaan Belanda perlu bersedia menghadapi kekuatan ketenteraan yang bakal menyusul. Walaupun kami yakin bahawa hal ini tidak akan dilakukan oleh seorang Perdana Menteri yang lemah, namun kami berharap agar tuan-tuan yang berdiri di sini memahami bahawa inilah tanggungjawab yang wajib dilakukan oleh seorang pemimpin sebuah negara dan pemimpin yang lemah ini mesti diganti dengan seorang Khalifah yang berani.

Kedua : HIZBUT TAHRIR menyeru kepada seluruh kaum Muslimin agar berjuang dengan sungguh-sungguh untuk menegakkan Daulah Khilafah. Karena hanya inilah satu-satunya sistem dan negara Islam yang akan mengajar kebiadaban orang-orang kafir terhadap Allah dan Rasul. Khilafah jugalah yang akan menerapkan hukum Allah dan melindungi umat Islam, melindungi kesucian Nabi Muhammad saw dan melindungi kesucian Al-Quranul Karim.

Ketiga : HIZBUT TAHRIR ingin mengingatkan tuan-tuan kepada firman Allah berkenaan orang-orang kafir,

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka suka apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka di mulut-mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya” [TMQ Ali-Imran (3):118].

Inilah peringatan Allah kepada kita tentang kedudukan orang kafir yang akan membenci kita hingga hari Kiamat. Justeru, penghinaan mereka terhadap Islam ini akan terus berlaku dan berulang. Kebiadaban mereka terhadap Islam bukannya lantaran mereka itu kuat, tetapi yang sebenarnya umat Islamlah yang lemah kerana tidak bersatu di bawah Khilafah.

Saudaraku sekalian!

Pemerintah yang tidak berhukum dengan hukum Allah yang ada pada hari ini hanya berani ‘memenjarakan’ semua tentera yang mereka miliki. Apabila diseru untuk berkhidmat kepada badan kufur PBB, maka tentera-tentera ini ‘dilepaskan’, namun apabila menyaksikan Rasulullah dan Al-Quran dihina oleh golongan kuffar, maka tentera ini dipastikan tidak keluar dari kandang masing-masing, walaupun seorang. Seandainya pada hari ini Khalifahlah yang memerintah kita yang menerapkan hukum dari langit, nescaya kebiadaban kaum kuffar ini akan dijawab dengan kobaran jihad oleh sang Khalifah. Kerana itulah, HIZBUT TAHRIR di seluruh dunia sekali-kali tidak akan berhenti berjuang dan tidak akan berhenti menyeru agar kalian semua wahai kaum Muslimin, bersama-sama berusaha untuk menegakkan semula Daulah Khilafah yang akan melancarkan dakwah dan jihad ke atas golongan kuffar agar kitab suci kita dan Junjungan Besar kita, tidak lagi berani ‘disentuh’ oleh musuh-musuh Allah ini, walaupun sedikit.

Wahai kaum Muslimin!

Ketahuilah oleh kalian bahawa sesungguhnya kemunculan seorang Khalifah yang akan menyelamatkan agama Islam dan umat Muhammad ini sudah terlalu dekat. Kedatangannya adalah pasti kerana ia adalah janji Allah dan RasulNya. Seandainya kita menolong agama Allah, maka sudah pasti Allah akan menolong kita semua.

“Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu menolong (agama) Allah nescaya Allah akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukan kamu” [TMQ Muhammad (47):7].

Ayuhlah wahai saudaraku! Bersegeralah kepada kemuliaan untuk menegakkan kembali Khilafah.

ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

No comments:

PERJUANGAN ITU