MY BLOG FOLLOWER

Tuesday, June 11, 2013

Mengenali Syeikh Atha' Abu Rasytah Amir Hizbut Tahrir Ketiga.

Pada tanggal 11 Safar 1424H atau 13 April 2003M, ketua Dewan Mazhalim Hizbut Tahrir mengumumkan pemilihan Alim al-Ushul (Ahli Usul Fikih) ‘Atha Abu ar-Rasytah (Abu Yasin) sebagai amir Hizbut Tahrir yang ketiga. Melalui kepemimpinannya, beliau adalah seorang yang sangat diharapkan dapat membawa Hizbut Tahrir untuk meraih pertolongan Allah SWT. Hal itu karena beliau memiliki perhatian yang luar biasa terhadap dakwah. Beliau juga melakukan pengurusan yang baik dalam aktiviti dakwah serta memanfaatkan potensi para syabab dengan semaksimum mungkin.

Nama penuh Amir Hizbut Tahrir yang ketiga ini ialah Atha bin Khalil bin Ahmad bin Abdul Qadir al-Khathib Abu ar-Rasytah. Menurut informasi yang paling kuat, beliau dilahirkan pada tahun 1362H atau 1943M. Beliau berasal dari keluarga yang menitikberatkan ilmu agama seperti masyarakat umum. Beliau dilahirkan di kampung kecil Ra’na, termasuk wilayah kawasan al-Khalil di Palestin. Ketika masih kecil, beliau menyaksikan dan merasakan bencana atas Palestin serta penaklukan Yahudi ke atas Palestin pada tahun 1948M, yang berlaku kerana adanya dukungan dari British dan pengkhianatan para penguasa Arab. Kemudian beliau dan keluarganya berpindah ke kem penempatan berdekatan al-Khalil.

Beliau menyelesaikan pendidikan awal dan menengah di kem penempatan. Lalu beliau menyelesaikan pendidikannya dan memperoleh ijazah Tsanawiyah al-Ula (menurut status di Jordan) dari Madrasah al-Husain bin Ali ats-Tsanawiyah di al-Khalil pada tahun 1959M. Kemudian beliau memperoleh ijazah ats-Tsanawiyah al-Amah (menurut panduan sistem pendidikan Mesir) pada tahun 1960 di Madrasah al-Ibrahimiyah di al-Quds asy-Syarif. Setelah itu, beliau menyambung pengajian di Universiti Kairo Fakulti Teknik pada tahun pengajian 1960-1961. Beliau memperolehi Ijazah Kejuruteraan (Engineering) dalam bidang teknik sivil dari Universiti Kairo pada tahun 1966. Setelah lulus dari Kairo, beliau bekerja sebagai jurutera di beberapa negara Arab. Beliau memiliki karya dalam bidang teknik sivil, iaitu Al-Wasith fi Hisab al-Kamiyat wa Muraqabah al-Mabani wa ath-Thuruq (Metode Penghitungan Kuantitatif dan Kawalan Bangunan dan Jalan).

Beliau bergabung ke dalam Hizbut Tahrir semasa pendidikan menengah sekitar pertengahan tahun lima puluhan. Dalam perjuangan di jalan Allah, beliau pernah di penjara beberapa kali di penjara-penjara para penguasa yang zalim. Beliau terus menjadi pengembang dakwah dalam barisan Hizbut Tahrir dalam seluruh tingkatan organisasi dan administrasi iaitu sebagai daris, anggota, musyrif, naqib mahaliyah, anggota wilayah, mu’tamad, jurucakap rasmi, dan anggota maktab al-amir. Sejak 11 Safar 1424H atau 13 April 2003M, dengan izin Allah, beliau terpilih untuk memikul tampuk kepemimpinan Hizbut Tahrir. Beliau senantiasa memohon kepada Allah agar memberikan pertolongan kepadanya untuk mengembang amanah yang besar ini.

Beberapa karyanya dalam bidang keislaman adalah seperti berikut:
  1. Tafsir surah al-Baqarah dengan judul, At-Taysir fi Usul at-Tafsir: Surah al-Baqarah (Pokok-Pokok Tafsir Praktis–Surat al-Baqarah).
  2. Tais al-Wushul ila al-Ushul (Cara Mudah untuk Menguasai Ushul Fikih).
  3. Sejumlah buku-buku kecil seperti:-
(a) Al-Azmat al-Iqtishadiyah: Waqi‘uha wa Mu‘alajatuha min Wijhah Nazhari al-Islam (Krisis Ekonomi: Realita dan Solusinya Menurut Pandangan Islam).
(b) Al-Ghazwah ash-Salibiyah al-Jadidah fi al-Jazirah wa al-Khalij (Perang Salib Baru di Jazirah Arab dan Teluk).
(c) Siyasah at-Tashni’ wa Bina’ ad-Daulah Shina’iyan (Politik Industrialisasi dan Pembangunan Negara Industri).

Hizbut Tahrir pada masanya kepimpinannya hingga sekarang telah mengeluarkan sejumlah buku, antaranya:-
  1. Min Muqawimat an-Nafsiyah al-Islamiyah (Pilar-Pilar Pengokoh Nafsiyah Islamiyah).
  2. Qadhaya Siyasiyah Bilad al-Muslimin al-Muhtallah (Masalah-Masalah Politik–Negeri-Negeri Kaum Muslim yang Terjajah).
  3. Revisi dan perluasan atas buku Mafahim Siyasiyah li Hizb at-Tahrir (Konsep-konsep Politik Hizbut Tahrir).
  4. Ajhizah ad-Daulah al-Khilafah fi al-Hukm wa al-Idarah (Struktur Negara Khilafah–Pemerintahan dan Administrasi)
  5. Revisi dan penyempurnaan atas Masyru’ ad-Dustur Daulah al-Khilafah (Rancangan Konstitusi Daulah al-Khilafah) dikeluarkan pada tahun 2006.

Beliau senantiasa memohon kepada Allah SWT akan pertolongan dan bantuan untuk melaksanakan amanah dakwah menurut arahan yang dicintai olehNya dan oleh RasulNya. Beliau juga senantiasa memohon kepada Allah SWT agar membukakan melalui kedua tangannya, jalan berdirinya Daulah Khilafah Rasyidah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Memenuhi doa.

Di antara aktiviti yang hebat dan sangat menarik perhatian pada masanya iaitu ketika Hizb pada tanggal 28 Rajab 1426H (2 September 2005M) menyampaikan seruan kepada kaum Muslimin di seluruh belahan dunia untuk mengingatkan bencana besar berupa hancurnya Khilafah 84 tahun sebelumnya. Hizbut Tahrir telah mengumandangkan seruan itu kepada kaum Muslimin setelah solat Jumaat pada hari itu di seluruh dunia dimulai dari Malaysia dan Indonesia di sebelah Timur hinggalah ke Maghribi di tepian lautan Atlantik di sebelah Barat. Seruan itu telah memberikan pengaruh yang sangat berkesan di seluruh dunia. Demikian pula sejumlah aktiviti Hizb dalam menggemakan seruan kebenaran di berbagai konferensi di berbagai medan aktivitinya dan berbagai forum yang diselenggarakannya.

Alhamdulillah, dalam lima tahun masa kepemimpinannya, Hizbut Tahrir telah dipenuhi dengan pelbagai kebaikan. Kami memohon kepada Allah SWT agar semakin memperluas dan menambah kebaikan itu, sebagaimana berita gembira pertolongan dan kemenangan yang telah mulai bergema saat ini di seluruh dunia, atas izin Allah. Hal itu semakin membentangkan harapan akan terealisasinya masa ini sebagai masa terealisasinya pertolongan dan kemenangan ke atas umat Islam, Insya Allah.

Syeikh Atha Abu Rasytah dikenal dengan kewarakannya dan kuatnya beliau berpegang kepada syariah serta keteguhan dan ketinggian ilmunya. Pengalaman beliau memegang pelbagai tanggungjawab yang berbeza-beza di dalam tingkat kepimpinan dan kepengurusan Hizb, khususnya kedudukan beliau sebagai jurucakap resmi, muktamad, dan anggota maktab amir, sangat membantu beliau dalam kepimpinannya sekarang. Bagi anggota Hizb, beliau benar-benar mengetahui tugas “monitoring” yang sememangnya perlu dilakukan oleh seorang amir. Oleh karena itu, para syabab Hizb di seluruh dunia seakan-akan dapat merasakan kehadiran amir mereka, walaupun hakikatnya tidak pernah melihat dan mengenali beliau.

Ungkapan paling indah yang boleh dikatakan tentang kepemimpinan ketiga-tiga orang amir Hizb adalah yang diungkapkan oleh salah seorang syabab Hizb, katanya:

Mereka adalah tiga orang amir. Di tangan mereka Allah SWT telah dan akan menyempurnakan tiga perkara, tiga orang amir yang menyempurnakan tiga zaman:
  1. Zaman pembentukan dan penubuhan kelompok politik.
  2. Zaman pengaktifan dan pengembangan.
  3. Zaman meraih kemenangan, dan dengan izin Allah, sesungguhnya pertolongan dan kemenangan ini akan pasti terealisasi.
Amin..

Untuk berkenalan lebih dalam lagi kepada Amir Hizb ini anda boleh terus ke:

http://www.facebook.com/Ata.abualrashtah

PERJUANGAN ITU