Nama penuh Amir Hizbut Tahrir yang ketiga ini ialah ‘Atha bin Khalil bin Ahmad bin Abdul Qadir al-Khathib Abu ar-Rasytah. Menurut informasi yang paling kuat, beliau dilahirkan pada tahun 1362H atau 1943M. Beliau berasal dari keluarga yang menitikberatkan ilmu agama seperti masyarakat umum. Beliau dilahirkan di kampung kecil Ra’na, termasuk wilayah kawasan al-Khalil di Palestin. Ketika masih kecil, beliau menyaksikan dan merasakan bencana atas Palestin serta penaklukan Yahudi ke atas Palestin pada tahun 1948M, yang berlaku kerana adanya dukungan dari British dan pengkhianatan para penguasa Arab. Kemudian beliau dan keluarganya berpindah ke kem penempatan berdekatan al-Khalil.
Beliau
menyelesaikan pendidikan awal dan menengah di kem penempatan. Lalu
beliau menyelesaikan pendidikannya dan memperoleh ijazah Tsanawiyah
al-Ula (menurut status di Jordan) dari Madrasah al-Husain bin Ali
ats-Tsanawiyah di al-Khalil pada tahun 1959M. Kemudian beliau memperoleh
ijazah ats-Tsanawiyah al-Amah (menurut panduan sistem pendidikan Mesir)
pada tahun 1960 di Madrasah al-Ibrahimiyah di al-Quds asy-Syarif.
Setelah itu, beliau menyambung pengajian di Universiti Kairo Fakulti
Teknik pada tahun pengajian 1960-1961. Beliau memperolehi Ijazah
Kejuruteraan (Engineering) dalam bidang teknik sivil dari Universiti
Kairo pada tahun 1966. Setelah lulus dari Kairo, beliau bekerja sebagai
jurutera di beberapa negara Arab. Beliau memiliki karya dalam bidang
teknik sivil, iaitu Al-Wasith fi Hisab al-Kamiyat wa Muraqabah al-Mabani
wa ath-Thuruq (Metode Penghitungan Kuantitatif dan Kawalan Bangunan dan
Jalan).
Beliau bergabung
ke dalam Hizbut Tahrir semasa pendidikan menengah sekitar pertengahan
tahun lima puluhan. Dalam perjuangan di jalan Allah, beliau pernah di
penjara beberapa kali di penjara-penjara para penguasa yang zalim.
Beliau terus menjadi pengembang dakwah dalam barisan Hizbut Tahrir dalam
seluruh tingkatan organisasi dan administrasi iaitu sebagai daris,
anggota, musyrif, naqib mahaliyah, anggota wilayah, mu’tamad, jurucakap
rasmi, dan anggota maktab al-amir. Sejak 11 Safar 1424H atau 13 April
2003M, dengan izin Allah, beliau terpilih untuk memikul tampuk
kepemimpinan Hizbut Tahrir. Beliau senantiasa memohon kepada Allah agar
memberikan pertolongan kepadanya untuk mengembang amanah yang besar ini.
Beberapa karyanya dalam bidang keislaman adalah seperti berikut:
- Tafsir surah al-Baqarah dengan judul, At-Taysir fi Usul at-Tafsir: Surah al-Baqarah (Pokok-Pokok Tafsir Praktis–Surat al-Baqarah).
- Tais al-Wushul ila al-Ushul (Cara Mudah untuk Menguasai Ushul Fikih).
- Sejumlah buku-buku kecil seperti:-
(a) Al-Azmat
al-Iqtishadiyah: Waqi‘uha wa Mu‘alajatuha min Wijhah Nazhari al-Islam
(Krisis Ekonomi: Realita dan Solusinya Menurut Pandangan Islam).
(b) Al-Ghazwah ash-Salibiyah al-Jadidah fi al-Jazirah wa al-Khalij (Perang Salib Baru di Jazirah Arab dan Teluk).
(c) Siyasah at-Tashni’ wa Bina’ ad-Daulah Shina’iyan (Politik Industrialisasi dan Pembangunan Negara Industri).
Hizbut Tahrir pada masanya kepimpinannya hingga sekarang telah mengeluarkan sejumlah buku, antaranya:-
- Min Muqawimat an-Nafsiyah al-Islamiyah (Pilar-Pilar Pengokoh Nafsiyah Islamiyah).
- Qadhaya Siyasiyah Bilad al-Muslimin al-Muhtallah (Masalah-Masalah Politik–Negeri-Negeri Kaum Muslim yang Terjajah).
- Revisi dan perluasan atas buku Mafahim Siyasiyah li Hizb at-Tahrir (Konsep-konsep Politik Hizbut Tahrir).
- Ajhizah ad-Daulah al-Khilafah fi al-Hukm wa al-Idarah (Struktur Negara Khilafah–Pemerintahan dan Administrasi)
- Revisi dan penyempurnaan atas Masyru’ ad-Dustur Daulah al-Khilafah (Rancangan Konstitusi Daulah al-Khilafah) dikeluarkan pada tahun 2006.
Beliau
senantiasa memohon kepada Allah SWT akan pertolongan dan bantuan untuk
melaksanakan amanah dakwah menurut arahan yang dicintai olehNya dan oleh
RasulNya. Beliau juga senantiasa memohon kepada Allah SWT agar
membukakan melalui kedua tangannya, jalan berdirinya Daulah Khilafah
Rasyidah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Memenuhi doa.
Di antara
aktiviti yang hebat dan sangat menarik perhatian pada masanya iaitu
ketika Hizb pada tanggal 28 Rajab 1426H (2 September 2005M) menyampaikan
seruan kepada kaum Muslimin di seluruh belahan dunia untuk mengingatkan
bencana besar berupa hancurnya Khilafah 84 tahun sebelumnya. Hizbut
Tahrir telah mengumandangkan seruan itu kepada kaum Muslimin setelah
solat Jumaat pada hari itu di seluruh dunia dimulai dari Malaysia dan
Indonesia di sebelah Timur hinggalah ke Maghribi di tepian lautan
Atlantik di sebelah Barat. Seruan itu telah memberikan pengaruh yang
sangat berkesan di seluruh dunia. Demikian pula sejumlah aktiviti Hizb
dalam menggemakan seruan kebenaran di berbagai konferensi di berbagai
medan aktivitinya dan berbagai forum yang diselenggarakannya.
Alhamdulillah,
dalam lima tahun masa kepemimpinannya, Hizbut Tahrir telah dipenuhi
dengan pelbagai kebaikan. Kami memohon kepada Allah SWT agar semakin
memperluas dan menambah kebaikan itu, sebagaimana berita gembira
pertolongan dan kemenangan yang telah mulai bergema saat ini di seluruh
dunia, atas izin Allah. Hal itu semakin membentangkan harapan akan
terealisasinya masa ini sebagai masa terealisasinya pertolongan dan
kemenangan ke atas umat Islam, Insya Allah.
Syeikh Atha Abu
Rasytah dikenal dengan kewarakannya dan kuatnya beliau berpegang kepada
syariah serta keteguhan dan ketinggian ilmunya. Pengalaman beliau
memegang pelbagai tanggungjawab yang berbeza-beza di dalam tingkat
kepimpinan dan kepengurusan Hizb, khususnya kedudukan beliau sebagai
jurucakap resmi, muktamad, dan anggota maktab amir, sangat membantu
beliau dalam kepimpinannya sekarang. Bagi anggota Hizb, beliau
benar-benar mengetahui tugas “monitoring” yang sememangnya perlu
dilakukan oleh seorang amir. Oleh karena itu, para syabab Hizb di
seluruh dunia seakan-akan dapat merasakan kehadiran amir mereka,
walaupun hakikatnya tidak pernah melihat dan mengenali beliau.
Ungkapan paling
indah yang boleh dikatakan tentang kepemimpinan ketiga-tiga orang amir
Hizb adalah yang diungkapkan oleh salah seorang syabab Hizb, katanya:
Mereka
adalah tiga orang amir. Di tangan mereka Allah SWT telah dan akan
menyempurnakan tiga perkara, tiga orang amir yang menyempurnakan tiga
zaman:
- Zaman pembentukan dan penubuhan kelompok politik.
- Zaman pengaktifan dan pengembangan.
- Zaman meraih kemenangan, dan dengan izin Allah, sesungguhnya pertolongan dan kemenangan ini akan pasti terealisasi.
Amin..
Untuk berkenalan lebih dalam lagi kepada Amir Hizb ini anda boleh terus ke:
http://www.facebook.com/Ata.abualrashtah
2 comments:
afwan, an izin share, :)
semoga pertolongan Allah segera tiba...
Your Brother in Faith
Post a Comment